Sunday, February 27, 2022

Monday, December 27, 2021

Sunday, November 14, 2021

15/12 ✨

 Couldn't express what I feel right now.. 


Nervousnya nak exam! Selama ni exam online je sekarang dah tiba masa untuk hadap realiti huhu <3


Wishing all the best to my batchmates walaupun korang tak akan baca benda ini ❤️ 


I love us. Semoga kejayaan milik kita semua

Tuesday, August 31, 2021

Listener 🌼

 Allah knows that you are hurting.


Scroll youtube, jumpa video tu. Kalau tak silap nama channel dia IloveuAllah. 


Pernah kan dengar orang kata;

"Kalau tak tahu nak luahkan dekat siapa, luahkanlah dekat Allah"


Do we really understand what that's mean?


Mungkin ada setengah daripada kita tertanya apa yang istimewanya luahkan dekat Allah? Luahkan dekat Tuhan ni mana sama dengan manusia. Kita ni kalau boleh nak orang dengar depan-depan. Respon apa kita cakap.


Allahuakbar... 


Kita punya kecewa tu sampai menidakkan kuasa mendengar Allah tu. Luahkan dekat Allah ni beza tau kawan-kawan...and let me tell you some differences yang kita boleh nampak dan rasa.


Kita luahkan dekat Allah. Cakap sorang-sorang. Jangan risau, takde siapa nak cakap kita gila walaupun kita berdoa, sujud lama-lama. Padahal orang yang tengok kita tahu je kita tengah bercakap dengan Allah. Tahu je takde siapa pun depan kita. Tahu je takde siapa yang akan respon pada kita. Tahu je takde siapa yang akan usap air mata kita masa tengah nangis dalam sujud tu.


Tapi ada ke orang nak kata kita gila? Takde kan. To simplify, kita semua memang tak nampak Allah tu kat mana tapi nak dijadikan indahnya cerita ni...saat kita berbisik pada sejadah tu...saat tu lah Allah terlalu dekat dengan kita.


Tak boleh bayangkan kan? Terlalu dekat.


5 times a day.


Kita ni paling-paling banyak pun cerita masalah kat kawan kita tu maybe adalah dalam 3 kali sehari. Kalau tak bernasib baik, mungkin sekali seminggu atau sebulan sekali. Sebab yelah, manusia ni masa dia terhad. Takdenya dia nak dengar masalah kita 24hrs.


Tapi Allah...


Allah offer diri Dia 5 kali sehari untuk dengar masalah kita. 5 kali sehari diperuntukkan untuk kita cerita apa-apa yang kita rasa. Tu tak termasuk lagi kalau kita tambah beberapa solat sunat. 


Luar waktu solat lagi? 


Siapa je yang nak spend masa dia banyak-banyak untuk dengar masalah kita?


Yup, Allah SWT.


He is almighty. A listener ❤️





Wednesday, June 23, 2021

PUTUS HARAP

Tika,
Bernafas itu terasa lelah,
Sakit pula tidak temu titik noktah,
Hati sekeping kini kian rebah

Jatuh,
Namun bukan selama

Karna masih,
Ada harga kehidupan yang perlu dibayar,
Titik-titik kehidupan yang belum berwayar,
Nafas yang diberi Tuhan pun belum lagi pudar

Putus harap bukan akhir,
Malah lelah bukan destinasi akhir

Jatuhlah,
Namun jangan lupa bangkit

Kerana, 
Tuhan tahu hambanya ini sakit

Dan Tuhan,
Yang maha menyembuh segala sakit

-a

I'm praying for any of you who're feeling down,sad,overwhelmed or anything that make your beautiful heart broken. May Allah ease our journey and wipe all of these pain. Salam.

Tuesday, June 15, 2021

HOPELESS HOPE 1

💗💗💗

Harapan itu sakit. 
Tidak terkira berapa keping hati yang telah hancur kerana sebuah harapan.
Dan hatinya juga adalah salah satu daripadanya.

Mengapa harus wujudnya sebuah harapan?
Mengapa harus dibiarkan hati bergantung harap pada yang bukan kenyataan?

__________________________________

9 Mac

Dia jatuh terduduk di hadapan wad pembedahan. Hatinya hancur. Luluh

"Maaf cik, ibu cik gagal untuk diselamatkan."

Air matanya mengalir menuruni pipi selebat hujan. Wajah manis ibu terlayar di ruangan minda. Bisikan kasih dan cinta ibu terngiang-ngiang di gegendang telinga. Mustahil...

"Su, ibu sayang Su. Kalau Su rasa penat untuk berharap pada dunia dan isinya, tetaplah bergantung harap kepada penciptanya."

Su sayang ibu. Kenapa ibu tinggalkan Su. Kenapa doktor-doktor tu jahat tak selamatkan ibu?

Dan benarlah harapan itu sakit. Mengingati segala bulan dan bintang yang dijanjikan oleh kakitangan perubatan suatu ketika dahulu membuatkan Su rasa marah. Dah tahu tak boleh kenapa nak berjanji?

Su melekapkan kedua belah tapak tangannya ke muka. Meraup wajah sekali gus menyeka air mata yang berlumba-lumba mahu menodai pipinya. Ibu dah lama menahan sakit. Barah paru-paru ibu sudah pun berada di tahap yang keempat. Sudah banyak kali ibu menolak untuk menerima sebarang pembedahan. Namun, barisan kakitangan perubatan yang bijak pandai itu tidak habis-habis menyarankan ibu untuk menjalani pembedahan.

"Cik, kalau cik sayang ibu cik ini sahajalah jalan terakhir yang cik ada. Ya, ibu cik tak akan bertahan untuk hidup terlalu lama meskipun pembedahan ini berjaya. Tapi, ini adalah sebuah harapan untuk cik hidup dengan dia yang bermaya. Bukannya hidup dengan keadaan ibu cik yang tak mampu buat apa-apa," ujar doktor lelaki itu penuh yakin.

Harapan. Ya, betul. Su memang tidak perlu hidup dengan ibu yang sudah tidak bermaya sebaliknya Su harus hidup tanpa ibu yang sudah tidak bernyawa!

Ayah yang sudah pergi menghadap Ilahi. Diri sendiri yang dilahirkan tanpa adik-beradik. Ibu yang merupakan harapannya yang terakhir juga telah kembali ke tempat tinggalnya yang abadi.

After all of this, what is the meaning of hope?
Hopeless.


THE OPENING OF ELYSIAN

Bells membuang pandang ke arah kota yang sudah hilang maknanya. Dia mencebikkan bibir apabila terkenang akan ragam manusia yang rata-ratanya bodoh dalam menghargai manifestasi alam yang dicipta oleh pencipta dunia.

Jalan raya yang dihiasi dengan lubang dan lopak air diperhati sejenak. Entah manusia atau binatang yang berpijak di sini pun dia tidak dapat untuk menerangkan kewujudan mereka secara terperinci kerana lagak semua penduduk kota ini tidak ubah seperti kingkong yang tidak berguna. Tangannya ligat mengutip sampah-sarap yang bertaburan. Sarung tangan yang pada mulanya putih kini sudah disaluti lendir sampah dan berbau busuk. 

Peluh yang sedari tadi merembes keluar dia endahkan. Plastik sampah hitam yang besar dan tebal itu sudah dipenuhi dengan sampah hingga ianya melimpah bagaikan lava yang meletus keluar daripada gunung berapi yang sedang aktif. 

BOMMM !

Dia tidak dapat menerangkan betapa dirinya sangatlah berkeinginan untuk mencarut seribu kata sekarang. Langit yang tadinya cerah kini bertukar kelam kerana sudah dipenuhi dengan asap kelabu. Berdentam-dentum bunyi letupan yang terhasil daripada kilang mercun yang berada di belakang jambatan Hamstown yang masih gah berdiri walaupun setelah hampir 50 tahun ia dibina.

Bells mengikat plastik sampah yang sudah penuh tadi sebelum dia campakkan plastik sampah tersebut di belakang jambatan Hamstown. Budaya kota ini memang membuang sampah di bawah jambatan hingga kawasan tersebut penuh lalu sampah sarap tersebut bakal mengalir ke segenap ruang sungai yang berada bawah jambatan Hamstown.

Bells mencebik sekali lagi. Rambut panjang yang hampir terkeluar daripada dalam topi dimasukkan kembali. Sejenak dia terfikirkan sesuatu.

Cis! Dia lupa untuk tanggalkan sarung tangan yang berlendir tadi daripada tangannya. Dia mula menyumpah seranah diri sendiri dalam hati. Lambat-lambat sarung tangan tersebut ditanggal lalu dicampakkan ke tepi.

Dia berlari-lari anak menghampiri pili air yang berdekatan. Topi ditanggal lalu terjuntailah rambut panjangnya yang berwarna jingga asli. Bahagian rambut yang diselaputi lendir sampah tadi dialirkan dengan air supaya lendir dan baunya hilang. 

Sambil mengibas rambut yang basah, Bells mencapai topi yang dia letakkan di atas bangku kayu bersebelahan dengan pili air tadi. Pelik. Topinya tiada. Bells sudah mula gelabah. Rambutnya tadi disanggul kembali namun cepat sahaja sanggulnya melorot kerana ketiadaan topi di atas kepala. 

Dia mengangkat kepala lalu pandangan matanya bertembung dengan sepasang anak mata merah yang sedang mencerlung tajam ke arahnya. Bells telan air liur. 

"Dr. Isabells Vasilevsky."

Tubuh Bells keras kejung mendengarkan suara itu. Rambut yang tadi disanggul sudah terlepas sepenuhnya menutupi belakang badannya hingga ke bahagian pinggul.

Bells menggelengkan kepalanya berkali-kali. Lidahnya seolah-olah digunting kerana dia tidak mampu untuk mengeluarkan sebarang kata. 

Makhluk itu menapak mendekatinya. Bells masih lagi setia berdiri di situ kerana batang tubuhnya seolah-olah terpaku sepenuhnya. 




check this!

0123

tetaplah bersujud  hingga nyawa semakin luput