Wednesday, June 23, 2021

PUTUS HARAP

Tika,
Bernafas itu terasa lelah,
Sakit pula tidak temu titik noktah,
Hati sekeping kini kian rebah

Jatuh,
Namun bukan selama

Karna masih,
Ada harga kehidupan yang perlu dibayar,
Titik-titik kehidupan yang belum berwayar,
Nafas yang diberi Tuhan pun belum lagi pudar

Putus harap bukan akhir,
Malah lelah bukan destinasi akhir

Jatuhlah,
Namun jangan lupa bangkit

Kerana, 
Tuhan tahu hambanya ini sakit

Dan Tuhan,
Yang maha menyembuh segala sakit

-a

I'm praying for any of you who're feeling down,sad,overwhelmed or anything that make your beautiful heart broken. May Allah ease our journey and wipe all of these pain. Salam.

Tuesday, June 15, 2021

HOPELESS HOPE 1

πŸ’—πŸ’—πŸ’—

Harapan itu sakit. 
Tidak terkira berapa keping hati yang telah hancur kerana sebuah harapan.
Dan hatinya juga adalah salah satu daripadanya.

Mengapa harus wujudnya sebuah harapan?
Mengapa harus dibiarkan hati bergantung harap pada yang bukan kenyataan?

__________________________________

9 Mac

Dia jatuh terduduk di hadapan wad pembedahan. Hatinya hancur. Luluh

"Maaf cik, ibu cik gagal untuk diselamatkan."

Air matanya mengalir menuruni pipi selebat hujan. Wajah manis ibu terlayar di ruangan minda. Bisikan kasih dan cinta ibu terngiang-ngiang di gegendang telinga. Mustahil...

"Su, ibu sayang Su. Kalau Su rasa penat untuk berharap pada dunia dan isinya, tetaplah bergantung harap kepada penciptanya."

Su sayang ibu. Kenapa ibu tinggalkan Su. Kenapa doktor-doktor tu jahat tak selamatkan ibu?

Dan benarlah harapan itu sakit. Mengingati segala bulan dan bintang yang dijanjikan oleh kakitangan perubatan suatu ketika dahulu membuatkan Su rasa marah. Dah tahu tak boleh kenapa nak berjanji?

Su melekapkan kedua belah tapak tangannya ke muka. Meraup wajah sekali gus menyeka air mata yang berlumba-lumba mahu menodai pipinya. Ibu dah lama menahan sakit. Barah paru-paru ibu sudah pun berada di tahap yang keempat. Sudah banyak kali ibu menolak untuk menerima sebarang pembedahan. Namun, barisan kakitangan perubatan yang bijak pandai itu tidak habis-habis menyarankan ibu untuk menjalani pembedahan.

"Cik, kalau cik sayang ibu cik ini sahajalah jalan terakhir yang cik ada. Ya, ibu cik tak akan bertahan untuk hidup terlalu lama meskipun pembedahan ini berjaya. Tapi, ini adalah sebuah harapan untuk cik hidup dengan dia yang bermaya. Bukannya hidup dengan keadaan ibu cik yang tak mampu buat apa-apa," ujar doktor lelaki itu penuh yakin.

Harapan. Ya, betul. Su memang tidak perlu hidup dengan ibu yang sudah tidak bermaya sebaliknya Su harus hidup tanpa ibu yang sudah tidak bernyawa!

Ayah yang sudah pergi menghadap Ilahi. Diri sendiri yang dilahirkan tanpa adik-beradik. Ibu yang merupakan harapannya yang terakhir juga telah kembali ke tempat tinggalnya yang abadi.

After all of this, what is the meaning of hope?
Hopeless.


THE OPENING OF ELYSIAN

Bells membuang pandang ke arah kota yang sudah hilang maknanya. Dia mencebikkan bibir apabila terkenang akan ragam manusia yang rata-ratanya bodoh dalam menghargai manifestasi alam yang dicipta oleh pencipta dunia.

Jalan raya yang dihiasi dengan lubang dan lopak air diperhati sejenak. Entah manusia atau binatang yang berpijak di sini pun dia tidak dapat untuk menerangkan kewujudan mereka secara terperinci kerana lagak semua penduduk kota ini tidak ubah seperti kingkong yang tidak berguna. Tangannya ligat mengutip sampah-sarap yang bertaburan. Sarung tangan yang pada mulanya putih kini sudah disaluti lendir sampah dan berbau busuk. 

Peluh yang sedari tadi merembes keluar dia endahkan. Plastik sampah hitam yang besar dan tebal itu sudah dipenuhi dengan sampah hingga ianya melimpah bagaikan lava yang meletus keluar daripada gunung berapi yang sedang aktif. 

BOMMM !

Dia tidak dapat menerangkan betapa dirinya sangatlah berkeinginan untuk mencarut seribu kata sekarang. Langit yang tadinya cerah kini bertukar kelam kerana sudah dipenuhi dengan asap kelabu. Berdentam-dentum bunyi letupan yang terhasil daripada kilang mercun yang berada di belakang jambatan Hamstown yang masih gah berdiri walaupun setelah hampir 50 tahun ia dibina.

Bells mengikat plastik sampah yang sudah penuh tadi sebelum dia campakkan plastik sampah tersebut di belakang jambatan Hamstown. Budaya kota ini memang membuang sampah di bawah jambatan hingga kawasan tersebut penuh lalu sampah sarap tersebut bakal mengalir ke segenap ruang sungai yang berada bawah jambatan Hamstown.

Bells mencebik sekali lagi. Rambut panjang yang hampir terkeluar daripada dalam topi dimasukkan kembali. Sejenak dia terfikirkan sesuatu.

Cis! Dia lupa untuk tanggalkan sarung tangan yang berlendir tadi daripada tangannya. Dia mula menyumpah seranah diri sendiri dalam hati. Lambat-lambat sarung tangan tersebut ditanggal lalu dicampakkan ke tepi.

Dia berlari-lari anak menghampiri pili air yang berdekatan. Topi ditanggal lalu terjuntailah rambut panjangnya yang berwarna jingga asli. Bahagian rambut yang diselaputi lendir sampah tadi dialirkan dengan air supaya lendir dan baunya hilang. 

Sambil mengibas rambut yang basah, Bells mencapai topi yang dia letakkan di atas bangku kayu bersebelahan dengan pili air tadi. Pelik. Topinya tiada. Bells sudah mula gelabah. Rambutnya tadi disanggul kembali namun cepat sahaja sanggulnya melorot kerana ketiadaan topi di atas kepala. 

Dia mengangkat kepala lalu pandangan matanya bertembung dengan sepasang anak mata merah yang sedang mencerlung tajam ke arahnya. Bells telan air liur. 

"Dr. Isabells Vasilevsky."

Tubuh Bells keras kejung mendengarkan suara itu. Rambut yang tadi disanggul sudah terlepas sepenuhnya menutupi belakang badannya hingga ke bahagian pinggul.

Bells menggelengkan kepalanya berkali-kali. Lidahnya seolah-olah digunting kerana dia tidak mampu untuk mengeluarkan sebarang kata. 

Makhluk itu menapak mendekatinya. Bells masih lagi setia berdiri di situ kerana batang tubuhnya seolah-olah terpaku sepenuhnya. 




Tuesday, June 1, 2021

NAILAH

Tik..Tik..Tik..

Tubuhku menggigil. Bunyi ketikan itu sayup-sayup menyapa halwa pendengaran. Telapak kaki aku berundur langkah demi langkah ke belakang. Hingga akhirnya hujung tumitku bercium dengan permukaan konkrit yang keras. Dinding. Barisan gigi aku saling bertemu. Sepasang kelopak mata aku masing-masing terpejam rapat.

Tik..Tik..Tik..

Bunyi itu masih lagi kedengaran. Kini, ianya semakin hampir. Aku masih lagi membatukan diri di hujung bilik. Kadang-kadang mata aku menghala ke arah pintu bilik yang teguh berdiri. Tidak terusik langsung. Tidak bergegar mahupun digegarkan. Lantas, apa sebenarnya yang aku takutkan?

Aku termenung dalam ketakutan yang menggila. Tidak semena-mena bunyi ketikan tadi hilang dibawa bayu. Tubuh aku yang tadinya menggigil kini beransur tenang. 

PLAK!
Aku kaget. Baru sahaja nafas lega hendak aku hembus namun kini kegusaran kembali menerjah. Adrenalin menyentak ke segenap pembuluh darah. Tangisan aku semakin kuat. Aku memejamkan mata, menutup telinga lalu mempaksikan tubuh aku setempat. 

Tombol pintu tiba-tiba sahaja berpusing-pusing namun ia gagal untuk dibuka. Nasibku baik kerana aku sempat menguncinya. Namun kemudiannya pintu itu ditendang pula. Kuat. Bagaikan hendak roboh.

Aku menggeletar. Menyedari kehadiran entiti bernyawa di balik pintu tersebut membuatkan hati aku meraung hiba. Aku tak mahu...

Tubuhku rebah tanpa sempat ditahan. Hidung aku yang leper itu bercium kuat dengan lantai. Air mata aku kembali keluar mencurah-curah.

BUM!
Pintu tersebut...
Terbuka...


"Nailah!" 

"Nailah!"

Aku tidak pasti siapa dan mengapa orang tersebut memanggilku. Di mana bilik aku tadi? Mengapa semuanya gelap.

"Nailah!"

Percikan air mengena tepat pada muka aku. Apakah ini semua?

Perlahan-lahan kelopak mata aku membuka tirai. Sinaran cahaya berpusu-pusu ingin menembusi retina mata. Tubuh aku terasa dialasi oleh tilam yang empuk.

"Nailah!"

Aku tersedar penuh.

"Umi!" ,tanpa sebarang kata yang terzahir lagi umi terus mendakap tubuhku erat. Di bahu aku, dia menghamburkan segala tangisan.

"Nailah..umi tunggu Nailah bangun. Dah seminggu Nailah tidur.."

Aku berkerut. Otak aku masih lagi gagal berfungsi. 

"Kenapa umi menangis?" soalku polos. Serupa seperti anak kecil yang sedang menaruh harapan pada lolipop besar.

"Umi minta maaf... umi tak tahu pun Nailah kena pukul dengan ayah...umi mintak maaf"

Lirih suara umi. Aku turut merasai penyesalannya. Untuk seketika cuma, aku dapat menghadam segala apa yang berlaku. Maka, bunyi ketikan yang aku takutkan tadi hanyalah sekadar mimpi?

Dan kini aku sudah bebas daripada cengkaman orang tua jahat itu?

Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah.



Thursday, July 23, 2020

RIDELICIOUS - SINOPSIS

" Hahah so RIDICULOUS "  - Ayana Qaleesya

" No sayang. Its RIDELICIOUS " - Arayan Clearwater 

Ayana menjulingkan bebola matanya. Mamat ni sah dan positif gila !

" Qalee ? " - Arayan Clearwater

" Who's the hell giving you permission to call me like that, huh ? " - Ayana Qaleesya



Mereka tidak pernah sehaluan. 
Mereka tidak pernah seiring.
Mereka tidak pernah serasi.

Tapi yang pasti,

Mereka pernah dan sentiasa sewel !



" Hold tight to me lady, we're gonna fly. " -Arayan Clearwater 

" Hold tight mangkuk engkau ! Haram lah gila. " - Ayana Qaleesya 


Mulut kata tidak tetapi biasalah Encik Hati sentiasa menafikan. Ayana tetap memaut lengan Arayan supaya kedudukan mereka lebih stabil. 

Sesekali matanya melirik ke bawah. Gulp. Kedudukan mereka sangatlah jauh dari daratan. Sekali jatuh nyawa hilang melayang.


" Arayan. Tinggi sangat ni. Kalau mati macam mana ?" - Ayana Qaleesya

" Kalau mati ? Kita matilah sama-sama. " - Arayan Clearwater

Laju sahaja tangan Ayana berubah menjadi ketam. Bahagian tepi perut Arayan yang berbalut kemeja putih itu dipulas sekuat hati.

Arayan yang tidak sedar akan hal itu mula tidak stabil kedudukannya.

" Ayana watch out ! " - Arayan Clearwater

Ayana Qaleesya memejam matanya rapat. Tangannya masih menggenggam erat bahu Arayan. Dia menyesal cubit Arayan kalau tidak mesti mereka tidak akan jatuh.

Tapi kenapa tak jatuh ?

" Dahlah Ayana. Bukalah mata saya main-main je hahahahaha. " - Arayan Clearwater

Sekali lagi, perut lelaki itu dipulas.






" Ayana, who's this ? " - Ibrahim Qaisar 

" He is my RIDELICIOUS dream. " - Ayana Qaleesya 



Seperti kisah cinta clichè yang lain. Hampir dua tahun menjadi kaunselor peribadi kepada Arayan Clearwater dan Ayana Qaleesya pun jatuh cinta.

Namun, si abang Ibrahim Qaisar yang telah lama merantau ke negara orang kini kembali dan menghancurkan segala jambatan hubungan yang telah dibina.


" Listen to me Qalee. You're not going to be with this guy. Never. " - Ibrahim Qaisar


Arayan tidak menghilangkan diri. Dia cuma menjauh. Hakikatnya, jauh di mata dekat di hati. 

Siapa mampu lupa senyuman manis bak selori chipsmore tergolek milik Ayana ?

Tiada siapa.



" Stay away from her. She is mine and forever mine. " - Ibrahim Qaisar 


" Ibrahim Qaisar. Awak sedar tak yang kita tak boleh kahwin ?" - Ayana Qaleesya


Arayan sedar yang dia terlalu terburu-buru. Mengenali dan memaksa Ayana terlibat dalam hidupnya seawal usia gadis itu baru menginjak 19 tahun merupakan tindakan yang paling tidak berakal yang dia pernah lakukan.



She is my dream,
My ridelicious dream,
Every night I talk to the stars,
How desperate am I to have her by my side.



" Saya. Ayana Qaleesya binti Azahari berikrar dan berjanji untuk menjadi kaunselor peribadi encik yang tampan lagilah menggoda yang paling berdedikasi. " - Ayana Qaleesya

Sungguh indah apabila lafaz itu meniti bibir mungil itu. Arayan tersenyum suka.


" Kau senyum apa mangkuk ? Kau fikir aku rela ? " - Ayana Qaleesya

" Mangkuk mangkuk pun awak sayang saya kan ? " - Arayan Clearwater

" Shut up you 'air jernih' " - Ayana Qaleesya



He is my nightmare,
My ridiculous nightmare,
Every night I talk to the moon,
How my heart bless If the moon take him away from me.



But at the end of the day,
I begging to the moon to return him to me,
I wanna make him mine and I wanna be hers.



" Arayan. Itu awak ke ?" - Ayana Qaleesya


" Im so far from perfect. Ayana do you still want me ? " - Arayan Clearwater




Him. My ridelicious nightmare. My ridelicious love.




Monday, July 20, 2020

JENDELA MENGINTAI


Bayu malam menggigit lembut kulit  tubuhnya. Sinar bulan yang berselindung di balik awan menyerlahkan lagi indahnya suasana malam.

21 Julai 20XX

Gugusan bintang yang terapung di angkasa membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terbuai indah. Bunyian alam di luar jendela ditambah dengan bunyi angin membuatkan manusia semakin dibuai lena.

Tetapi tidak bagi pemuda bernama Saifulrazman. 

Dia masih lagi duduk bertinggung di jendela kamarnya. Di saat manusia rata-ratanya sudah lena diulit mimpi ,dia masih lagi di jendela.

Bandar Cosmoripton dapat dilihat dengan jelas dari keberadaan jendela kamarnya. Bangunan-bangunan yang bertemakan rendang-rendang semambu tidak dapat dilihat terlalu jelas kerana ketinggian bangunan-bangunan tersebut tidaklah tinggi mana.

Namun, dek kerana warna bangunan-bangunan tersebut yang disaluti warna merah menyala di atas arahan pemerintah , bandar itu dilihat berkilau dan menyerlah walaupun di kala malam menjelma.

Saifulrazman kini berada di tingkat 8 apartmen yang dia diami. Keadaan di mana dia duduk bertinggung di jendela kamar ini sudah lali dilihat masyarakat setempat.



Clara. Gadis berumur 4 tahun dari apartmen sebelah sedang enak minum susu di ruang tamu.

" Mamamamamamamama " 

Dia cuba memanggil mamanya. Tanpa tidak sengaja. Dia terpandang ke luar jendela yang tidak ditutup rapat.

" Aowahhhhh. Supermannn ! "

Clara sangat teruja melihat lelaki yang sedang duduk bertinggung di salah sebuah apartmen di tingkat 8 tersebut.

Dia melompat-lompat sambil menepuk tangan dengan penuh semangat. Matanya bersinar melihat superman jadian itu.

Mama masih lagi tidak kelihatan di mana-mana. Mana entah mama. Jadi, Clara mengambil keputusan untuk menjadi penonton setia Superman tadi.

Superman Clara itu tiba-tiba berdiri. Berdiri di atas tingkap ?!

Clara terus bangun dari baringnya. Dia terus berlari-lari anak ke arah jendela di dalam apartmen. 

" Go Superman ! " Dia bersorak penuh teruja.






Saifulrazman mula berdiri di atas jendela kamarnya. Dia berasa tidak ada guna hidupnya lagi.

Isabella Young , kekasih hatinya sudah meninggalkan dia dan pergi bersama kekasih hatinya yang baru.

Pemandangan Bandar Cosmoripton itu dia perhati lagi. 

Satu. Kakinya melangkah suku

Dua. Kakinya melangkah separuh

Tiga. Kakinya melangkah semua


DUMMM !





" SUPERMAN ! " 
 
Clara menjerit dari apartmen sebelah. Ah tak boleh jadi ni. Superman pasti sakit. Fikir minda anak kecil itu. 

" SUPERMAN ! TUNGGU CLARA ! "

Akhirnya, Clara turut terjun sama. Bezanya gadis kecil berumur 4 tahun itu terjun daripada tingkat 15 apartmen yang dia diami.

" AAAAAAAAAAAAAA ! "

Puan Asmah dan Encik Uno yang sedang bergaduh di dalam bilik terdiam. Sebelum mereka berdua tersedar yang jeritan nyaring yang mereka dengari itu adalah milik anak mereka, Clara Alifah.

Mereka berdua terus berlari keluar dari dalam bilik dan bergegas ke ruang tamu yang menempatkan Clara yang sedang menyusu.

Botol susu ada. Clara ? 

Mereka memandang jendela yang terbuka luas itu.

Dan semuanya terlambat.
Masa tidak dapat diundurkan.









Begitulah rutin Puan Asmah dan Encik Uno setiap tahun. Biar pun peristiwa itu sudah 8 tahun berlalu dan mereka pun sudah berpindah ke rumah baharu.

Namun, setiap kali 21 Julai tiba setiap tahun mereka akan datang ke apartmen lama itu.

Seluruh penduduk Bandar Cosmoripton pun akan berkumpul sama kerana pada hari itu mereka dapat menyaksikan Saifulrazman dan Clara. 

Mereka seolah-olah singgah di apartmen itu tanpa bertegur dengan sesiapa Mereka hanya akan terjun dari jendela apartmen masing-masing.

Seterusnya, mereka akan mengintai setiap jendela tingkat 8 dan tingkat 15.

Penduduk Bandar Cosmoripton sudah lali dengan situasi itu. Lagipun Clara dan Superman jadiannya tidak mengusik orang.

Mungkin mereka hanya berniat untuk mengintai.

Puan Asmah hanya memandang sayu Clara yang sedang melangkah terjun dari jendela.

Tidak lama selepas itu, dia nampak Encik Uno dan dirinya sendiri keluar tergopoh-gapah menuju ke ruang tamu.

Andai dapat diundurkan masa.
Dia tidak akan meninggalkan Clara seorang diri.
Dia tidak akan melawan Encik Uno yang hanya minta dia untuk masakkan sotong masak kicap pada malam itu.
Sepatutnya dia harus sedar yang Isteri itu patut patuh pada sang suami.






Encik Uno mengusap lembut kekura tangan Puan Asmah. Dia menenangkan isterinya yang sedang menangis teresak-esak.

Dia juga menyesal kerana memaksa isterinya memasak sotong masak kicap 8 tahun lalu.









Isabella memicit-micit kepalanya yang sakit. Setiap kali 21 Julai , Saifulrazman akan menjenguk dia di rumah banglo ini.

Ah. Serabut !

" Jom ikut aku Isabella sayang "

" Sayangggg..... "

" Isabella Young let we die together '

" Bella ! "

" Isabella adalah....kisah cinta dua dunia... "

Ah ! 

Serabut


Serabut


Serabut

Bisikan itu semakin kuat dan kuat. Bergema bisikan itu di serata biliknya. Dia dah tak tahan.

Pisau lipat di dalam laci dia keluarkan. Urat tangannya diraba-raba. 

" Come On Isabella. Lets join us ! "

Isabella memandang ke sisinya.

Clara.

Ah ! Serabut betul dua ekor  hantu ni.

Pisau itu terus dibenamkan pada urat-uratnya yang sudah timbul.

Dia tekan pisau itu sehingga ia terbenam sepenuhnya.

Nafasnya mati.






" Isabella sayang. Jom makan " 

Encik Peter Young mengetuk pintu bilik anak gadisnya itu namun tiada sahutan. Dia terus merempuh masuk setelah masih lagi tiada sahutan walaupun hampir 10 kali dia panggil anak gadisnya itu.

PRAKKKKK !

" ISABELLA ! " 

Encik Peter Young tidak mampu menahan rasa sebak. Dilihat pergelangan tangan kanan Isabella sudah terpisah daripada tangannya. 

Kepalanya digantung pada penghawa dingin yang masih terpasang.

Badannya pula dipamerkan di atas almari televisyen di bilik itu.

Bau darah menyerbu ke segenap ruang.









TO BE CONTINUE -



Saturday, July 18, 2020

BULAN MATAHARI BINTANG

🌊


Kadang,

Aku iri akan Sang Bulan, 
Cahaya malamnya pekat,
Namun mampu mendamaikan jiwa yang kesempitan
Tidak kurang juga Sang Matahari,
Biarpun cahayanya terlalu terang, 
Namun mampu menjadi saksi tawa duka kala siang hari

Kadang,
Aku iri dengan ombak pantai, 
Hadirnya mungkin terselit bahaya, 
Namun setiap jiwa yang menyaksikannya mampu bersinar dengan jayanya

Untuk kesekian kali, 
Timbul persoalan di benak hati, 
Mampukah diri aku sendiri 
Menjadi bulan, matahari atau ombak
Yang menghiasi di sanubari 
Atau
Hadirnya aku hanya bagaikan api
Yang tidak pernah diundang malah dikeji.

check this!

0123

tetaplah bersujud  hingga nyawa semakin luput